Kata-kata dan tingkah laku DS Najib memang kadang-kadang kurang bijak, walaubagaimanapun dalam hal ni, apa yang aku lihat ialah kegagalan masyarakat dalam memahami isi sebenar yang cuba disampaikan DS Najib. Kangkung ni hanyalah sebagai contoh dan kenyataan "harga turun, taknak puji kerajaan..." ni lebih pada sarcasm.
Isi sebenar yang cuba disampaikan ialah bukan kerajaan yang menetukan atau mengawal harga. Betul ker? Ni yang perlu kita kaji. Kalau bukan kerajaan, siapa yang menentukan harga? Pasaran sebenarnya yang menentukan harga. Contoh, kalau ikan sikit, harganya akan jadi mahal, tapi kalau banyak, jadi murah.
Tapi dari jangka masa panjang, kenapa kita hanya boleh lihat kenaikan sahaja? Turun kadang-kadang tapi naiknya lebih. Apa puncanya? Sebab peniaga atau kerajaan? Atau pesalah yang sebenar bukan dari kalangan mereka.
Setiap persoalan, ada jawapannya. Untuk menjawab persoalan ni, kita kena pahamkan sistem matawang yang kita guna pakai seharian untuk urusan jual beli. Kalau baca buku mengenai hal ni, kebanyakkan daripada kita takkan paham, tapi kita beruntung kerana ada pihak yang berusaha untuk memudahkan pemahaman kita. Tonton:
Dah nampak? Siapa yang bersalah sebenarnya menyebabkan kenaikan harga barangan seharian kita? Siapa yang menyebabkan lambakan matawang? Bank? Dah betul tu, tapi sistem ni akan hanya berfungsi dengan lebih baik dan pesat dengan penglibatan satu lagi pihak, yang menyebabkan pertambahan matawang berlaku dengan lebih pantas. Siapa?
KITA, masyarakat sendiri.Tak caya? Ok, kalau nak beli kereta macam mana? Kebanyakan akan meminjam dari bank. Bila kita meminjam bank, tanpa kita sedari, kita sebenarnya akan menjadi penyebab pertambahan matawang di pasaran (Kalau tak paham, sila tonton video semula). Tu baru kereta, belum lagi rumah, kad kredit, personal loan dan macam-macam lagi loan lagi yang wujud. Dan berapa ramai orang yang terjebak dengan sistem ni (kalau bahasa kasar, sistem ni juga dikenali sebagai sistem riba')? Ramai tak? Ramai... kebanyakan daripada kita, mak ayah kita, pakcik makcik kita.
Tanpa kita sedar, KITA sendiri yang menyebabkan kenaikan harga (inflasi), KITA sendiri yang menginaya diri kita sendiri, dan KITA sendiri yang menginaya orang lain.
Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Mas’ud r.a.: “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa.” (HR Ahmad; Al-Hakim mengatakannya sahih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari, 4/399)