Wednesday, January 4, 2012

Logo halal swasta yang tak berapa nak halal

145 comments
Selama ni, aku kalau tengok logo halal daripada jakim ataupun yang macam jakim, aku tanpa sebaran syak wasangka menganggap makanan tu halal. Gambar kat bawah ni dishare oleh lebih 3 kawan aku, so rasanya perkara ni memang patut diambil perhatian. Tak pasti laporan penuh berita ni apa, tapi kita boleh tengok la senarai logo yang dikenal pasti.

Berhati-hati semasa memakan sesuatu, sesungguh kita memang diserang daripada semua arah samaada kita sedar ataupun tidak.

Monday, January 2, 2012

Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 - UPSI

21 comments
Peh, dah lama tak update blog...haha :p Sorry kepada yang menunggu entri terbaru, aku busy sket la beberapa hari ni. Berbalik kepada entri ni, satu topik boring lagi untuk aku, apa lagi, kalau bukan politik..haha tapi dah lebih dari 2 kawan aku share video ni, aku pun bagi la peluang untuk menonton. Time tengok tu, ada la beberapa perkara yang terlintas difikiran..hehe korang tengoklah dulu, video perhimpunan mahasiswa yang kemudiannya cuba disuraikan oleh polis.

 

Sekali lagi diingatkan, aku neutral. Takde meihak kepada sesiapa. Kat video tu, aku perasan ada la sekumpulan awek bertudung labuh (calon-calon buat bini :p) sama macam time perhimpunan Bersih 2.0. Yang menjadi persoalan aku, asal la diorang join benda-benda macam ni.. Mungkinkah mereka beranggapan bahawa ni satu perjuangan untuk menentang kezaliman? Aku tak tau, tapi tak sedap mata aku melihat mereka disana..huhu

Ramai yang berdarah, tapi kalau nak salahkan polis, aku rasa tak patut kut.. Polis pun manusia, ada emosi.. Kalo dah kena provok, sape yang tak marah? Polis menjalankan tugasnya dan memang tu lah peranan polis. Mengikut arahan dan melaksanakan tugas. Bukan kata aku sokong polis, tapi dah memang tu kerja dia, nak wat camne? ntah-ntah, dia pun taknak sebenarnya wat kerja camtu, tapi nak wat camne, kerja atau tak dapat makan, tanggung keluarga, bayar duit kereta dan lain-lain. Tak salah rasanya kalo aku katakan, anggota polis ni sebenarnya dibawah kawalan sesuatu.

Korang perasan tak, taun ni, 2012. Banyak pilihanraya yang akan diadakan diseluruh dunia? Malaysia, Us, Negara-negara timur tengah, Rusia pun kalo tak silap (pilihanraya presiden) dan lain-lain. Mesti lagi banyak perhimpunan taun ni...huhu

Anyway, selamat tahun baru 2012 dan good luck semua!