Wednesday, November 30, 2011

Contest Trafik Free

92 comments
Blog ni baru berusia kurang 2 minggu dan sehingga kini, dah 1400 followers. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua sokongan. Ramai yang berminat nak dapatkan trafik cam blog ni tapi aku tak mampu nak tolong semua. Rasanya cara yang terbaik untuk aku tolong ialah dengan memilih 3 blog sahaja buat masa sekarang ni dan sebab itulah contest ini diadakan. InsyaAllah trafik korang akan meningkat, bertambah followers dan rakan.


Analytics ni aku install lambat sikit, so mungkin ada ralat data untuk permulaan
Katakan kalau korang iklankan dengan CPC cam google ker, 1 visit jer dah dalam 20sen, kalau 4k visit? Dah RM800. Mahal tu.. So, hadiah yang aku tawarkan ni mahal gak sebenarnya..hehe

Tuesday, November 29, 2011

Skandal Khairul Fahmi Che Mat

18 comments
Entri kali ni berkenaan penjaga gol kebangsaan kita,  Khairul Fahmi Che Mat atau juga dikenali sebagai Apek kini muncul kembali dengan skandal/gossip terbaru bersama seorang tunangan orang bernama Shida Harmi. Since benda ni dikongsikan lebih dari 2 orang rakan aku kat facebook, so aku sharekan la benda ni kat sini. Bukan nak cerita tentang aib orang lain, tapi untuk merungkai kes Apek ni dari kaca mata aku..haha :p

Sebelum tu, tentang rahsia trafik blog ni, ramai yang tanya. Takde rahsia apa-apa pun sebenarnya, cuma blogwalking saja tapi ada la caranya dan cara tersebut bukan free. Tapi, aku boleh tolong korang free. Aku akan bukak satu contest nanti (tengok ramai buat, nak try juga :p) dan aku akan pilih 3 blog. Tapi tu nanti la, kita sambung cerita pasal Apek..

Sunday, November 27, 2011

Malaysia 2-3 Bahrain

52 comments
Macam biasa, kalau perkara yang membabitkan bola sepak Harimau Malaya mesti menjadi viral di facebook aku. Aku still hampa dan tak puas hati lagi sebenarnya ni, manakan tidak, Malaysia dah leading 2-0 dengan Bahrain bermain 10 orang dan masa permainan tinggal lebih kurang 20 minit.


Friday, November 25, 2011

Maal Hijrah - Jom berfikir sejenak

96 comments
Cerita pasal trafik blog nanti aku continue. Untuk post kali ni, aku nak cita pasal maal Hijrah. Topik tentang Maal Hijrah, 1 Muharram 1433 ni pun telah menjadi viral di Facebook aku, nasib baik kawan-kawan aku ingatkan pasal Maal Hijrah ni, kalo tak, aku pun lupa kut :p Khutbah jumaat pun ada menyentuh pasal ni, time tu la tetiba terlintas difikiran aku tentang satu perkara bila khatib tu cakap, hijrah=pengorbanan.

Mungkin topik ni boring bagi sesetengah orang, tapi aku ada benda penting yang aku nak cerita dan memang ramai antara kita yang terlepas pandang. Benda yang kita tahu tapi kita abaikan, ada ilmu tapi tak amalkan, benda yang kita hafaz tapi kita tak hadam.


Thursday, November 24, 2011

Seminggu berblogging

119 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk post kali ni, aku takde sebarang item viral yang nak dikongsikan tapi kali ni, aku nak bagi respon kepada mereka yang telah meninggalkan komen-komen di blog ni. Sorry la, aku tak boleh nak respon setiap satu.

Blog ni baru berusia seminggu sejak post pertama aku berkenaan "Rokok dan Kopiah". Respon yang diterima amat memberangsangkan dengan jumlah followers dah lebih kurang 450 orang dah. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. InsyaAllah aku akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk korang.

Trafik Semasa Blog
 Korang nak trafik camni tak? Kalau ada yang berminat, aku mungkin boleh tolong :)

Ramai yang ajak aku follow back blog diorang, aku akan cuba tapi kalo ada yang terlepas pandang tu, aku mintak maaf. Ada juga yang bertanyakan nama aku, siapa aku. Sebelum ni aku guna banyak nama tapi rasanya better kalau aku dikenali dengan satu nama sahaja. Di bawah ni, serba sedikit biodata aku:

Nama: Avi
Umur: 20-an
Jantina: Lelaki
Agama:Islam
Bangsa:Melayu
Pendidikan: Degree
Pekerjaan: Bebas
Asal: Johor, Malaysia
Contact: Tinggalkan komen kat blog ni

Bukan taknak dedahkan nama sebenar, cuma aku ni pemalu sket..haha :p dan ni bukanlah blog personal, so tak perlu kot.. just call me Avi. Kalau de nak tanya pape, boleh tinggalkan komen tapi please, jangan la tinggal backlink jer tanpa sebarang komen yang bermakna. Aku mungkin akan delete komen-komen yang macam tu. Chow...

Ong Kim Swee tibai Wartawan

32 comments
Video interview oleh wartawan sejurus ketibaan skuad Harimau Muda di Malaysia, di share oleh lebih 2 rakan aku di facebook.  Ong Kim Swee menegur seorang wartawan yang manyakan soalan samaada dia menganggap perlawanan bertemu Syria tidak penting selepas kejayaan menjulang pingat emas sukan sea. Nak tau jawapan? layan video...hehe

 

Wednesday, November 23, 2011

Malique featuring Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu

34 comments
Video lagu ni telah dikongsikan oleh 3 kawan aku di facebook. Lagu ni memang best, bahasa dan susunan ayat yang cantik dan mempunyai maksud-maksud yang bermakna. Apa-apapun, Aku Maafkan Kamu..

 

Malique featuring Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu Lyrics

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia 1-1 Indonesia [4-3 Penalti] Final SEA Games 2011

56 comments
Seperti yang dijangkakan, video perlawan Malaysia vs Indonesia menjadi viral di Facebook dengan lebih 3 orang kawan aku yang share video setakat ni. Highlight penalti semalam:

 

Kedua-dua pasukan bermain dengan baik semalam dan bagi team Malaysia, semua dah beraksi baik kecuali serangan (Striker). Banyak peluang tercipta tapi banyak juga yang dibazirkan. Striker Malaysia pada perlawanan tersebut ialah Fakri dan Thamil apabila kecederaan membelenggu striker utama seperti Izaq dan Azwari. Anyway, afford defensive oleh Fakri dan Thamil sememangnya boleh dipuji dengan kerajinan mereka turun naik padang.

Monday, November 21, 2011

Malaysia Vs Indonesia - Final Sukan SEA ke 26

22 comments
Video ni dikongsikan oleh 2 orang rakan aku, video teaser perlawanan akhir antara Malaysia dan Indonesia yang akan dilangsungkan pada jam 8.30 malam waktu Malaysia.


Kalau korang baca komen-komen yang ada kat video tu, ramai sebenarnya yang sukakan perdamaiaan, tapi ada la beberapa orang yang masih hina menghina, benci membenci. Bukan marah, tapi aku kesian aku tengok mereka, tiada kesedaran dan orang-orang macam ni la yang sebenarnya mudah untuk diperalatkan. Anyway, good luck untuk Harimau Muda malam ni, menang atau kalah anda tetap wira kami semua :)

Saturday, November 19, 2011

Malaysia 1 - Myanmar 0

26 comments
Perlawanan antara Malaysia dan Myanmar yang berlangsung petang tadi. Video dibawah bukanlah item viral yang dikongsikan oleh rakan-rakan aku, tapi topik tentang perlawanan tersebut dan gol yang dijaringkan Fakri telahpun menjadi perbualan di Facebook. Layan..



Game petang ni bagi aku kureng sikit kalo nak dibandingkan dengan game melawan Thailand dan Indonesia. Kurang gerakan-gerakan menarik dan banyak kesilapan-kesilapan mudah. Walaubagaimanapun, misi untuk ke final telah tercapai. Untuk final nanti, Malaysia akan bertemu semula Indonesia yang baru saja mengalahkan Vietnam 2-0.

Harapan aku di final nanti adalah supaya penyokong-penyokong Indonesia menghormati negara dan pemain-pemain Malaysia seperti semasa nyanyian negaraku dan semasa pemain kita nak datang atau balik dari stadium. Kenapa perlu kita membenci sesama sendiri? Kita kan serumpun, banyak persamaan budaya dan banyak persamaan tradisi. Peace yooo!

Update: Baru belajar embed Facebook video :p Video ini dihasilkan oleh seorang mahasiswa dari Indonesia yang belajar di Malaysia. 

 

Terlalu banyak salah faham rupanya antara kita dan mereka dan mungkin ada "pihak" yang berniat jahat nak melaga-lagakan kita. So, aku nasihatkan, kaji la sesuatu maklumat tu sebelum menerimanya bulat-bulat atau mungkin kita yang jadi mangsa dan diperalatkan oleh "pihak" yang berniat jahat tersebut.

Rokok Dan Kopiah

15 comments
Video ni telah dikongsikan oleh sekurang-kurangnya 2 rakan aku di Facebook. Drama pendek tentang perubahan seorang yang jauh dari tuhannya untuk kembali kepada-Nya dan video ni dihasilkan oleh Matluhtfi, antara top Video Blogger kat Malaysia. Layan...



Anyway, Rokok adalah HARAM dan telah dikeluarkan Fatwa oleh Jakim: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam


Thursday, November 17, 2011

Blog Apa Ni?

29 comments
Kehadapan pembaca yang dihormati.. haha skema giler :p Simple post jer ni, just nak declare blog ni tentang apa. Dalam blog ni, aku akan kongsikan topik-topik atau post-post yang menjadi viral di facebook.

Kiranya, jika sesuatu perkara tu dikongsikan oleh 2 atau lebih kawan aku, aku akan amik post tu (kalau difikirkan sesuai) dan aku akan jadikan ia sebagai post disini. Kebiasaannya, perkara-perkara yang dikongsikan di facebook adalah perkara yang bermanfaaf/mengejutkan/menyeronokkan/mengkelakarkan.

Di situlah datangnya idea untuk menghasilkan blog ini. Diharapkan ia dapat menjadi manfaat bersama. Peace yooooo!