Tuesday, November 29, 2011

Skandal Khairul Fahmi Che Mat

Entri kali ni berkenaan penjaga gol kebangsaan kita,  Khairul Fahmi Che Mat atau juga dikenali sebagai Apek kini muncul kembali dengan skandal/gossip terbaru bersama seorang tunangan orang bernama Shida Harmi. Since benda ni dikongsikan lebih dari 2 orang rakan aku kat facebook, so aku sharekan la benda ni kat sini. Bukan nak cerita tentang aib orang lain, tapi untuk merungkai kes Apek ni dari kaca mata aku..haha :p

Sebelum tu, tentang rahsia trafik blog ni, ramai yang tanya. Takde rahsia apa-apa pun sebenarnya, cuma blogwalking saja tapi ada la caranya dan cara tersebut bukan free. Tapi, aku boleh tolong korang free. Aku akan bukak satu contest nanti (tengok ramai buat, nak try juga :p) dan aku akan pilih 3 blog. Tapi tu nanti la, kita sambung cerita pasal Apek..


Kalau korang nak tengok gambar dia bersama skandal, sila google atau gi kat beautifulnara, aku malas nak post kat sini sebab gambar awek tu seksi sangat. Aku pun bukan nak cerita sangat pasal hal tu sebenarnya. Apek ni macam-macam gossip kita boleh dengar tentang dia, start daripada dia putus tunang dulu sampailah sekarang.

Tapi cuba bayangkan kalo korang tu Khairul Fahmi. Duit banyak, popular, ramai awek cun minat rasa-rasanya cukupkah iman korang untuk menangkis segala godaan tersebut. Bila ada peluang dan ruang ditambah pula dengan bisikan-bisikan orang ketiga, memang amatlah susah nak lawan sebenarnya. Kalo iman kuat, dihasutnya melakukan dosa-dosa kecil, dari dosa kecil, dihasutnya pula pula melakukan dosa yang sederhana dan akhirnya, terjebak melakukan dosa besar.

Sebab tu, godaan orang-orang yang beharta lebih tinggi dari orang-orang miskin tapi ramai yang mengejar harta sebab tanpa harta, macam mana nak menyumbang kepada masyarakat kan? yer ker? ;)  Apa-apapun, kita doakanla yang terbaik untuk Apek. Semoga dia sedar dan meninggalkan segala perkara negative.

Lagi satu perkara aku risau sebenarnya... Nazmi Faiz, umur baru 17 dah ramai fan..haha Harap dia mampu menghadapi segala cabaran dan godaan yang mendatang.. Amin..

18 comments:

dyetika said...

itu sebab orang miskin akan masuk syurga dulu berbanding org kaya,lihat bagaimana para sahabat nabi,lagi berharta lagi banyak mereka sumbangkan untuk agama,bukan untuk dunia tapi untuk akhirat,'salam maal hijrah' semoga buku amal kita tahun ini lebih baik drp buku tahun lepas'kulluam wa antum bikhair'

UNAI said...

baguih la hang ni dik.. takyah la kita dok ckp pasal buruk2 kat KFCM ni gitu-gini kan? biarlah blog artis jelah yg publish gbr2 tak molek tu kan..? kita kekalkan kesucian blog kita.. muehehehe..

tapi memang terbaik lah cara KFCM tgkap bola!! kagum!!

C i k P i p i T e m b a m said...

tak minat la khairul fahmi tp kagum tgok dia tangkap bola.. haha.. nazmi faiz dh ade awek.. dok area umah kita je, huhu

watyz said...

speechless...
biarkan dia dgn dunia dia sendiri... :)

Aprimia ✿ said...

Khairul Fahmi superbb gila tgkap bolaa !
AHA . tak menat dy pun..

Berbagi Kreativitas said...

Amin.. Memang betul apa yang sahabat tu katakan..
Makin tinggi derajat sosial seseorang itu semakin besar pula godaan yang didapat.

Semoga kita tergolong orang-orang yang selalu diberikan jalan menuju berkah setiap apa yang kita lakukan didunia yang pana dan sementara ini. Amin..

btw bagi-bagi suport dong dengan saling follow, blog ini sudah saya follow ditunggu follbacknya.

Saya suka page facebook kamu "Malaysia - Indonesia Sahabat Selamanya" kita masih negara serumpun sob.. Kampung saya adalah kampung Melayu RIAU, Indonesia :)

Wanzi said...

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah SWT :
"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

Anonymous said...

minta dijauhkan lah dorang ni dari bende2 yg menyimpang dari agama. go go go malaysia!

Rcd said...

biarlah apapn yg jd, janji bro ni terrer.. :)

AiNeE k. said...

kalau name pon lelaki..memang susah nak judge...dorang pandai berpura-pura tau

cik helena said...

bende2 tu kite tolak tepi je.yg penting dia memang hebat!

Anonymous said...

yg penting pandai2 jga diri. peace n_nv

shahjiehan said...

hidup ibarat rooda~

Dorky Guy said...

haram tak hensem pon...

Anonymous said...

ihhhh....dosa loh..ngegosipin orang.....sama aja bunuh karakter orang lain.

dakwat hitam said...

gua suka tengok dia terkam bola je ..keh keh nampak cool la der

Sekolah Menulis 'Aifah said...

*agak kesulitan baca logat melayu* hihi

Anonymous said...

alang alang dah sebut pasal nazmi faiz, suha pun harap dia boleh control hal peribadi dia. maksudnya, biar orang fokus pada permainan bola dia dan bukan cerita hidup dia.

harap dia tak lupa diri dan berubah sikap sebab dia seorang yang berpotensi dan masih muda untuk melakar lebih kejayaan untuk diri sendiri dan negara.

Post a Comment