Tuesday, December 27, 2011

Nafsu Muka Buku

35 comments
Lagu Cinta Muka Buku memang best, bila dengar boleh berbunga-bunga dibuatnya, rasa cam happy, bahagia jer..haha TAPI realitinya tidak seindah lagu. Banyak perkara-perkara yang negatif, berpunca daripada Facebook. Rogol, zina, penipuan duit, keldai dadah dan banyak lagi. Korang pun tau kut, gurl sekarang pun dah lebih berhati-hati dengan Facebook. Dulu senang jer aku nak add, tapi sekarang, bukan main susah lagi.. haha :p

Video lagu kat bawah ni dishare oleh lebih 4 orang kawan aku, lagu cinta muka buku tapi lirik dia diubah. Tahniah la aku ucapkan pada mereka yang berusaha untuk buat video ni dan "membetulkan" lirik lagu cinta muka buku..


Saturday, December 24, 2011

Lirik lagu Bruno Mars yang menyesatkan

65 comments
Entri kali ni, bukan pasal video, tapi berkenaan lirik lagu Bruno Mars yang boleh menyesatkan. Mungkin sesetengah orang nyanyi jer tapi tak paham pun maksudnya dan ada juga yang bagi alasan, nyanyi jer, takde niat pun. hehe Ni lirik yang aku maksudkan tu:


Berhati-hati la dalam mengambil sesuatu tindakan tu (nyanyi,makan,bergaul dan lain-lain). Apa yang aku perhatikan, tindakan kebanyakkan orang bergantung pada persekitarannya walaupun dia tahu yang benda tu haram atau memudaratkan. Rujukan pertama=masyarakat, ilmu dijadikan rujukan yang kebeberapa belas. Contohnya banyak, antaranya rokok dan minuman bergas.

Friday, December 23, 2011

KPoP versi Jawa

33 comments
Ada beberapa respon yang aku terima mengatakan blog ni banyak video. Sebabnya, di Facebook, video lebih mudah untuk menjadi viral dan seperti yang diketahui, entri-entri kat blog ni berpandukan item-item viral yang dikongsikan difacebook.

Video kat bawah ni ialah video lagu satu kumpulan jawa, isinya lebih kepada keagamaan tapi yang paling menarik pengaruh Kpop dalam video ni. Memula tengok, macam kelakar gak..eheh tapi isi lagu yang disampaikan tu lebih bermakna kut berbanding kPop tu sendiri..haha :p Kepada peminat kpop, jangan mare... :p layan...

Thursday, December 22, 2011

Penjelasan Panglima Parodi. Puuiiii!!!

18 comments
Sila refer entri yang sebelum ni untuk menonton klip video parodi tersebut. Mungkin disebabkan terdapat salah faham, mereka tampil untuk membuat penjelasan berkenaan video yang mereka hasilkan tersebut. Just for entertainment katanya. Harap mereka tak berhenti wat video-video sebegitu sebab memang menghiburkan pun..hehe


Kepada pihak-pihak yang terasa, jangan la serius-serius sangat.. Hiburan jer kut.. Kalo layan politik jer, bosan gak..huhu

Tuesday, December 20, 2011

Peperangan Ludah Meludah. Puiiiii!!!!!

17 comments
Aku kalo bab-bab politik, aku suka ambil tahu jer, tapi tak ambil kisah sangat. Ada beberapa kawan aku share video kat bawah ni. Respon pemuda UMNO kalau tak silap berkenaan insiden sekumpulan mahasiswa menurunkan bendera PM di PWTC. Bukan main melenting lagi diorang, rilek-rilek sudeh.... :p

 

Video yang kat bawah ni pulak aku tak pasti siapa yang buat, tapi rasanya mahasiswa gak ni. Memang sengal! haha lawak aku tengok.. puiiiiiiii!!!!!!!!!
 

Monday, December 19, 2011

I've been proposed & I'm engaged :D

39 comments
Tajuk diatas tiada kene mengena dengan aku :p Video ni telah dishare oleh lebih 7 kawan aku di Facebook, video berkenaan cerita seorang gadis yang baru berusia 19 tahun dan bertunang dengan orang yang tidak dikenali rapat olehnya. Best gak la video ni, berbunga-bunga hati dibuatnya.. haha :p

 

Sunday, December 18, 2011

Bagaimana mata anda ditipu dan dimanipulasikan

12 comments
Pertamanya, sori sebab dah 2-3 hari tak update blog. Bukan apa, takde content viral yang sesuai. Yang ada pun tentang perkahwinan luar tabii seorang anak melayu tapi aku taknak cerita pasal tu sebab bagi aku, perkara-perkara yang negatif macam tu takde faedah pun untuk dikongsikan. Contohnya macam berita-berita kes pembuangan bayi yang selalu kita dengar, mungkin pada awal mulanya cerita macam ni diorang kata "ambil pengajaran" tapi sama jer, malah lebih teruk. Kebanjiran berita sebegini sebenarnya membuatkan perkara yang pelik seperti pembuangan bayi tu satu perkara "biasa" dan perkara yang biasa akan lebih mudah diterima ramai.

Sebelum ni aku ada cerita tentang bagaimana lidah anda ditipu (boleh terima minuman yang mengandungi terlalu banyak gula) dan untuk entri kali ni pulak aku nak share satu video yang mendedahkan bagaimana mata korang boleh ditipu dan dimanipulasi. Video ni takde siapa pun yang share kat facebook aku tapi aku rasakan ianya sesuatu yang patut dikongsikan bersama.

 

Thursday, December 15, 2011

Oley! - MatLuthfi mengOleykan Bob Lokman :p

26 comments
Tadi aku layan facebook, ada 2 orang kawan aku yang share video sama, tajuknya oley! tapi aku tak amik tau lagi, tapi petang ni aku tengok dah 4 orang share. Mesti video ni sesuatu yang bernilai untuk dilihat, aku pun open la video. Video baru lagi tapi statistik die..


View baru 300 tapi yang like dah hampir 3000 haha :p (sebenarnya youtube memang akan berhenti update view sampai 300 untuk video baru sehingga tempoh masa yang tertentu)

Video ni memang terbaik dari segi kualiti gambar, cara penceritaan dan yang lebih penting, pengisian. Ada Bob Lokman tu...rindu nak tengok gelagat dia, akhirnya keluar juga walaupun ni just satu filem pendek. Filem pendek ni turut menampilkan si sengal MatLuthfi. Layan..

Pembatalan Kupon Double Zinger Burger KFC

17 comments
Isu tentang pembatalan kupon double zinger burger kfc memang tengah banyak diperkatakan di Facebook. Offer ni dibukak tak sampai 24jam walaupun kupon tu sah sehingga 15 januari. Mungkin kerana permintaan yang terlalu banyak, KFC terpaksa untuk membatalkannya.



Berikut pula pengumuman KFC melalui Facebook. Katanya stock dah habis, tapi aku rasa ianya lebih pada

Tuesday, December 13, 2011

Buang Ovari Kerana Makanan Segera dan Air Gas

33 comments
Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula di rumah kemudian minum, mesti termuntah. Tapi cuba tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais! Wahh!

Bagi setin air Coke, kandungan gulanya adalah sebanyak 18 sudu teh.

Sebenarnya, seorang jer kawan aku yang share tentang gambar ni tapi aku rasakan perkara ni patut dikongsikan dengan korang semua. Air gas, memang best tapi rasanya semua tahu tentang betapa tidak sihatnya minum air gas. Ada kau kisah? 

Monday, December 12, 2011

Video yang telah didelete oleh Facebook dan Youtube

19 comments
Video ni telah dishare oleh lebih 4 rakan aku di Facebook tapi yang peliknya, video ni menggunakan bahasa yang aku tak paham (dan rakan-rakan aku juga rasanya) malah tiada juga subtitle. Tapi ianya berjaya menyentuh hati ramai orang.


Video tentang situasi hidup sahabat dan saudara kita di Palestin. Doakan mereka tabah menghadapi segala apa yang berlaku dan aku percaya, satu hari nanti, keadaan akan berubah. Syukur dengan keadaan kita di nusantara ni tapi sedarlah, keadaan sekelip mata jer boleh bertukar. Just bersedia mental, fizikal dan yang lebih utama, rohani.

Sunday, December 11, 2011

Musim Hudud - Sembang Rakyat

23 comments
Video ni telah disharekan lebih daripada 7 kawan aku. Ramai gila yang share tak puas hati tentang video ni, daripada yang alim-alim kepada yang tak berapa alim, semuanya sepakat, sesuara mengutuk video ni. Video berkenaan undang-undang Islam dan politik di Malaysia. Korang tengok la sendiri

 

Aku tak berminat sebenarnya dengan benda-benda yang membabitkan politik, mengarut jer sume ni..haha Demokrasi bagi aku

Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan Penuh - 10/12/11

62 comments
Gerhana bulan penuh akan berlaku esok 10 disember 2011, rasanya ramai dah yang tau pasal fenomena alam ni. Topik ni dah menjadi trending di facebook dan rasanya, esok akan lebih ramai yang akan memperkatakan tentang perkara in.

Tahun ni, special sikit sebab gerhana bulan berlaku 2 kali di bumi nusantara. 1st time masa bulan jun 2011, pada waktu tu, gerhana penuh berlaku waktu pagi. Pukul 4-5 pagi kalau tak silap, ramai yang tido time tu, tapi kali ni, rasanya semua takde masalah nak tengok fenomena gerhana ni sebab gerhana penuh akan berlaku pada pukul 10 malam.

Kalau langit cerah, boleh tengok bulan macam ni.
Selepas berlaku gerhana bulan pada bulan Jun haritu, ada pihak mendakwa

Wednesday, December 7, 2011

Naruto Shippuden: Dreamers Fight - Naruto Live Action Video

33 comments
Memang terbaik, dah lama aku mengidam nak tengok naruto live action akhirnya, ada fan yang berbakat macam ni, Video ni dishare oleh lebih 2 kawan aku, video baru 2 bulan lebih, tapi dah 2 juta view. Video battle antara Naruto Vs Rock Lee. Bila la agaknya diorang nak wat video pasal Itachi lak :p Layan..




P/s: Mengenai contest, aku dah senarai pendekkan beberapa penyertaan. Aku pilih mengikut entri yang lain dari yang lain dan menepati syarat (Gambar dan backlink). Berikut ialah senarai tersebut:

Tuesday, December 6, 2011

Muslim Pray @ Airport, Let the Conversation Begin

8 comments
Arini, de 2 orang kawan aku share video kat bawah ni. Video pendek, seminit lebih jer. Korang layan la, aku tak berapa sihat nak tulis panjang-panjang harini :p Layan..



Monday, December 5, 2011

Contest Trafik Free - Tamat!

31 comments
Secara rasminya, contest trafik free yang aku anjurkan bermula pada 29  November sehingga harini, 5 Disember tamat. Terdapat lebih kurang 46 penyertaan, satu angka yang aku rasa cukup banyak. Terima kasih pada semua yang menyertai.

Macam-macam ragam entri yang join, ada yang ngarut :p ada yang best, ada blog tu aku rase tak perlu join pun, sebab trafik dia memang dah banyak (alexa 150k). Anyway, aku memang amat menghargai semua penyertaan dan berkemungkinan nak menambah slot pemenang nanti. 

Berikut ialah senarai link peserta:

Saturday, December 3, 2011

Ustaz Azhar Idrus - Lawok!

34 comments
Sebenarnya video-video tentang ustaz ni dah lama dah orang duk share, sampai sekarang, still ramai lagi kekawan aku dok share ceramah-cerama ustaz ni. Aku jer yang baru try layan..haha Ustaz ni memang best, lawak dan spontan. Patut la view ceramah dia kat youtube ada yang dah beratus-ratus ribu. Ni video ceramah dia yang 1st aku layan dan menyebabkan aku ketagih ngan ceramah dia :p layan..


Thursday, December 1, 2011

Sejernih Sinar Matamu

22 comments
Arini, ada 3 kawan aku share benda sama so maybe video ni sesuatu yang interesting. Aku pun layan la video ni, ingatkan seminit dua jer, rupanya 20 minit lebih. Tapi video ni menarik dan bermotivasi, so aku takde masalah nak habiskan video ni :p Video tentang Prof Dr Mahaya, perjalanan hidup, family, dan motivasi. Layan..


Wednesday, November 30, 2011

Contest Trafik Free

92 comments
Blog ni baru berusia kurang 2 minggu dan sehingga kini, dah 1400 followers. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua sokongan. Ramai yang berminat nak dapatkan trafik cam blog ni tapi aku tak mampu nak tolong semua. Rasanya cara yang terbaik untuk aku tolong ialah dengan memilih 3 blog sahaja buat masa sekarang ni dan sebab itulah contest ini diadakan. InsyaAllah trafik korang akan meningkat, bertambah followers dan rakan.


Analytics ni aku install lambat sikit, so mungkin ada ralat data untuk permulaan
Katakan kalau korang iklankan dengan CPC cam google ker, 1 visit jer dah dalam 20sen, kalau 4k visit? Dah RM800. Mahal tu.. So, hadiah yang aku tawarkan ni mahal gak sebenarnya..hehe

Tuesday, November 29, 2011

Skandal Khairul Fahmi Che Mat

18 comments
Entri kali ni berkenaan penjaga gol kebangsaan kita,  Khairul Fahmi Che Mat atau juga dikenali sebagai Apek kini muncul kembali dengan skandal/gossip terbaru bersama seorang tunangan orang bernama Shida Harmi. Since benda ni dikongsikan lebih dari 2 orang rakan aku kat facebook, so aku sharekan la benda ni kat sini. Bukan nak cerita tentang aib orang lain, tapi untuk merungkai kes Apek ni dari kaca mata aku..haha :p

Sebelum tu, tentang rahsia trafik blog ni, ramai yang tanya. Takde rahsia apa-apa pun sebenarnya, cuma blogwalking saja tapi ada la caranya dan cara tersebut bukan free. Tapi, aku boleh tolong korang free. Aku akan bukak satu contest nanti (tengok ramai buat, nak try juga :p) dan aku akan pilih 3 blog. Tapi tu nanti la, kita sambung cerita pasal Apek..

Sunday, November 27, 2011

Malaysia 2-3 Bahrain

52 comments
Macam biasa, kalau perkara yang membabitkan bola sepak Harimau Malaya mesti menjadi viral di facebook aku. Aku still hampa dan tak puas hati lagi sebenarnya ni, manakan tidak, Malaysia dah leading 2-0 dengan Bahrain bermain 10 orang dan masa permainan tinggal lebih kurang 20 minit.


Friday, November 25, 2011

Maal Hijrah - Jom berfikir sejenak

96 comments
Cerita pasal trafik blog nanti aku continue. Untuk post kali ni, aku nak cita pasal maal Hijrah. Topik tentang Maal Hijrah, 1 Muharram 1433 ni pun telah menjadi viral di Facebook aku, nasib baik kawan-kawan aku ingatkan pasal Maal Hijrah ni, kalo tak, aku pun lupa kut :p Khutbah jumaat pun ada menyentuh pasal ni, time tu la tetiba terlintas difikiran aku tentang satu perkara bila khatib tu cakap, hijrah=pengorbanan.

Mungkin topik ni boring bagi sesetengah orang, tapi aku ada benda penting yang aku nak cerita dan memang ramai antara kita yang terlepas pandang. Benda yang kita tahu tapi kita abaikan, ada ilmu tapi tak amalkan, benda yang kita hafaz tapi kita tak hadam.


Thursday, November 24, 2011

Seminggu berblogging

119 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk post kali ni, aku takde sebarang item viral yang nak dikongsikan tapi kali ni, aku nak bagi respon kepada mereka yang telah meninggalkan komen-komen di blog ni. Sorry la, aku tak boleh nak respon setiap satu.

Blog ni baru berusia seminggu sejak post pertama aku berkenaan "Rokok dan Kopiah". Respon yang diterima amat memberangsangkan dengan jumlah followers dah lebih kurang 450 orang dah. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. InsyaAllah aku akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk korang.

Trafik Semasa Blog
 Korang nak trafik camni tak? Kalau ada yang berminat, aku mungkin boleh tolong :)

Ramai yang ajak aku follow back blog diorang, aku akan cuba tapi kalo ada yang terlepas pandang tu, aku mintak maaf. Ada juga yang bertanyakan nama aku, siapa aku. Sebelum ni aku guna banyak nama tapi rasanya better kalau aku dikenali dengan satu nama sahaja. Di bawah ni, serba sedikit biodata aku:

Nama: Avi
Umur: 20-an
Jantina: Lelaki
Agama:Islam
Bangsa:Melayu
Pendidikan: Degree
Pekerjaan: Bebas
Asal: Johor, Malaysia
Contact: Tinggalkan komen kat blog ni

Bukan taknak dedahkan nama sebenar, cuma aku ni pemalu sket..haha :p dan ni bukanlah blog personal, so tak perlu kot.. just call me Avi. Kalau de nak tanya pape, boleh tinggalkan komen tapi please, jangan la tinggal backlink jer tanpa sebarang komen yang bermakna. Aku mungkin akan delete komen-komen yang macam tu. Chow...

Ong Kim Swee tibai Wartawan

32 comments
Video interview oleh wartawan sejurus ketibaan skuad Harimau Muda di Malaysia, di share oleh lebih 2 rakan aku di facebook.  Ong Kim Swee menegur seorang wartawan yang manyakan soalan samaada dia menganggap perlawanan bertemu Syria tidak penting selepas kejayaan menjulang pingat emas sukan sea. Nak tau jawapan? layan video...hehe

 

Wednesday, November 23, 2011

Malique featuring Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu

34 comments
Video lagu ni telah dikongsikan oleh 3 kawan aku di facebook. Lagu ni memang best, bahasa dan susunan ayat yang cantik dan mempunyai maksud-maksud yang bermakna. Apa-apapun, Aku Maafkan Kamu..

 

Malique featuring Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu Lyrics

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia 1-1 Indonesia [4-3 Penalti] Final SEA Games 2011

56 comments
Seperti yang dijangkakan, video perlawan Malaysia vs Indonesia menjadi viral di Facebook dengan lebih 3 orang kawan aku yang share video setakat ni. Highlight penalti semalam:

 

Kedua-dua pasukan bermain dengan baik semalam dan bagi team Malaysia, semua dah beraksi baik kecuali serangan (Striker). Banyak peluang tercipta tapi banyak juga yang dibazirkan. Striker Malaysia pada perlawanan tersebut ialah Fakri dan Thamil apabila kecederaan membelenggu striker utama seperti Izaq dan Azwari. Anyway, afford defensive oleh Fakri dan Thamil sememangnya boleh dipuji dengan kerajinan mereka turun naik padang.

Monday, November 21, 2011

Malaysia Vs Indonesia - Final Sukan SEA ke 26

22 comments
Video ni dikongsikan oleh 2 orang rakan aku, video teaser perlawanan akhir antara Malaysia dan Indonesia yang akan dilangsungkan pada jam 8.30 malam waktu Malaysia.


Kalau korang baca komen-komen yang ada kat video tu, ramai sebenarnya yang sukakan perdamaiaan, tapi ada la beberapa orang yang masih hina menghina, benci membenci. Bukan marah, tapi aku kesian aku tengok mereka, tiada kesedaran dan orang-orang macam ni la yang sebenarnya mudah untuk diperalatkan. Anyway, good luck untuk Harimau Muda malam ni, menang atau kalah anda tetap wira kami semua :)

Saturday, November 19, 2011

Malaysia 1 - Myanmar 0

26 comments
Perlawanan antara Malaysia dan Myanmar yang berlangsung petang tadi. Video dibawah bukanlah item viral yang dikongsikan oleh rakan-rakan aku, tapi topik tentang perlawanan tersebut dan gol yang dijaringkan Fakri telahpun menjadi perbualan di Facebook. Layan..



Game petang ni bagi aku kureng sikit kalo nak dibandingkan dengan game melawan Thailand dan Indonesia. Kurang gerakan-gerakan menarik dan banyak kesilapan-kesilapan mudah. Walaubagaimanapun, misi untuk ke final telah tercapai. Untuk final nanti, Malaysia akan bertemu semula Indonesia yang baru saja mengalahkan Vietnam 2-0.

Harapan aku di final nanti adalah supaya penyokong-penyokong Indonesia menghormati negara dan pemain-pemain Malaysia seperti semasa nyanyian negaraku dan semasa pemain kita nak datang atau balik dari stadium. Kenapa perlu kita membenci sesama sendiri? Kita kan serumpun, banyak persamaan budaya dan banyak persamaan tradisi. Peace yooo!

Update: Baru belajar embed Facebook video :p Video ini dihasilkan oleh seorang mahasiswa dari Indonesia yang belajar di Malaysia. 

 

Terlalu banyak salah faham rupanya antara kita dan mereka dan mungkin ada "pihak" yang berniat jahat nak melaga-lagakan kita. So, aku nasihatkan, kaji la sesuatu maklumat tu sebelum menerimanya bulat-bulat atau mungkin kita yang jadi mangsa dan diperalatkan oleh "pihak" yang berniat jahat tersebut.

Rokok Dan Kopiah

15 comments
Video ni telah dikongsikan oleh sekurang-kurangnya 2 rakan aku di Facebook. Drama pendek tentang perubahan seorang yang jauh dari tuhannya untuk kembali kepada-Nya dan video ni dihasilkan oleh Matluhtfi, antara top Video Blogger kat Malaysia. Layan...



Anyway, Rokok adalah HARAM dan telah dikeluarkan Fatwa oleh Jakim: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam


Thursday, November 17, 2011

Blog Apa Ni?

29 comments
Kehadapan pembaca yang dihormati.. haha skema giler :p Simple post jer ni, just nak declare blog ni tentang apa. Dalam blog ni, aku akan kongsikan topik-topik atau post-post yang menjadi viral di facebook.

Kiranya, jika sesuatu perkara tu dikongsikan oleh 2 atau lebih kawan aku, aku akan amik post tu (kalau difikirkan sesuai) dan aku akan jadikan ia sebagai post disini. Kebiasaannya, perkara-perkara yang dikongsikan di facebook adalah perkara yang bermanfaaf/mengejutkan/menyeronokkan/mengkelakarkan.

Di situlah datangnya idea untuk menghasilkan blog ini. Diharapkan ia dapat menjadi manfaat bersama. Peace yooooo!