Friday, November 25, 2011

Maal Hijrah - Jom berfikir sejenak

Cerita pasal trafik blog nanti aku continue. Untuk post kali ni, aku nak cita pasal maal Hijrah. Topik tentang Maal Hijrah, 1 Muharram 1433 ni pun telah menjadi viral di Facebook aku, nasib baik kawan-kawan aku ingatkan pasal Maal Hijrah ni, kalo tak, aku pun lupa kut :p Khutbah jumaat pun ada menyentuh pasal ni, time tu la tetiba terlintas difikiran aku tentang satu perkara bila khatib tu cakap, hijrah=pengorbanan.

Mungkin topik ni boring bagi sesetengah orang, tapi aku ada benda penting yang aku nak cerita dan memang ramai antara kita yang terlepas pandang. Benda yang kita tahu tapi kita abaikan, ada ilmu tapi tak amalkan, benda yang kita hafaz tapi kita tak hadam.



Rasulullah dan sahabat behijrah meninggal segala harta seperti rumah, kebun, dan ahli keluarga semata-mata nak berhijrah kerana Allah. Usaha mengumpul harta selama bertahun-tahun tapi ditinggalkan. Korang boleh? Mesti korang pikir korang boleh, tapi sebenarnya tak. Bekorban purely for Allah seperti juga yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Menolak segala kepentingan diri, keselesaan diri kerana Allah.

Biar aku bagi contoh yang nyata, kenapa aku cakap korang tak mampu melakukan pengorbanan seperti mereka. Korang ada kereta? Ada rumah? or maybe korang student, dah bpikir-pikir nak beli kereta? mesti ada pinjam bank kan, takkan lah beli cash melainkan ko memang anak orang kaya.

Bank ada interest=riba'=haram


"...Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya. (Al-Baqarah 2:275)"

So, sanggup tak korang tinggalkan segala apa yang korang pinjam dengan bank tu. Jual rumah, kereta dan lain-lain untuk hijrah semata-mata kerana Allah? Meninggalkan riba' yang memang sah-sah haram sama taraf haramnya dengan arak dan zina? Aku tak rasa ramai yang mampu sebab kalo tengok sekeliling kita, suma mengambil riba'. Kita dok kutuk fasha sandha berbikini tapi diri sendiri pun sebenarnya melakukan perkara terkutuk.

Riba' benda yang haram tapi kita tak endahkan. Yang kita ada ilmu tentang pengharamannya tapi kita tidak mengamalkan untuk meninggalkan yang haram tu. Yang kita hafaz tentang haramya riba' tapi kita tak memamahami dan menerima pengharamannya.

Riba' dari pandangan mata kasar memang macam takde sebarang keburukan tapi sebenarnya, sistem riba' la yang menjadi punca kepada inflasi. Bila harga makanan naik, kita tunding jari pada pemerintah, pada penjual tapi masalah sebnarnya bukan datang dari diorang tapi dari sistem yang kita guna pakai sendiri. Kita pikir harga makanan naik tapi yang sebenarnya nilai wang kita yang menurun. Riba' boleh menyebabkan krisis ekonomi seperti yang berlaku di US dan Eropah. Banyak keburukan lg but yet, kita still ambik benda haram tu.

Kita diperbodoh-bodohkan tapi kita tak sedar. Rasa hidup semulia-mulia umat padahal kitalah yang paling hina.

So, kembali semula pada persoalan asal. Mampukah kita untuk berhijrah dan berkorban seperti yang dilakukan Rasulullah S.A.W dan sahabat? Mampukah kita? Kuatkah kita? Terdayakah kita?

Korang pikirlah sendiri. Aku hanya menyampaikan apa yang aku tahu, tapi mungkin korang berbeza pendapat. Kaji dan terus mengkaji, semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang telah dikurniakan nikmat, sedangkan kita bukan dari kalangan orang-orang yang dimurkai-Nya dan bukanlah pula kita dari kalangan orang-orang yang sesat.. Amin..

Sorry la, topik kali ni macam berat sikit, tapi aku terpanggil nak buat post pasal ni. Anyway, selamat menyambut tahun baru yang ke 1433 :)

100 comments:

hati♡ said...

Salam Maal Hijrah.. ^^

Darl Eqa said...

Woah ! Nice entry, pnyampaian yg menarik..
Setuju apa yg awk ckpkan. slm maal hijrah ya. Moga kita dpt mengenang pengorbanan Rasulullah..

jiranpermai said...

assalammualaikum =) bagus pendapat kamu.. kalau macam riba' tu memang kebanyakan semua kite gune care pinjaman bank tak berlandaskan islam..tapi alhamdulillah sekarang kite dah ade pilihan pilih bank yang amalkan pinjaman secara islam atau tidak kan?..so sendiri mau ingat..masing2 Allah bagi akal fikiran boleh fikir dan buat keputusan.. wallahualam..salam maal hijrah.. sy pon tgah try menghijrahkan diri kearah yang lebih baik..insyaAllah..

Zarina Azuka said...

selamat menyambut maal hijrah juga ..bila pk2 balek, apakah hijrah terbesar yang pernah kita buat sepanjang kita berada di atas mukabumi ni . =)

hajrunsasuke said...

salaam. nice sharing bro! keep up the good work =) keep writing okeh!

Che Kay said...

=)

NekPP said...

salam kunjungan balas dari nekpp! nice blog!
Salam Maal Hijrah ;)

dsrial said...

seamat menyambut tahun baru islam

putry arisa said...

salam kunjung dari putry arisa.. hihihhi
nice info.. salam MAAL HIJRAH juga...
semoga kita akan melakukan hijrah dimana dari yang kurang baik menjadi lebih baik.. insyaallah....
sama2 la kita berhijrah k..
malaupon,xbanyak.. cikit pon jadi la..
yang penting keikhlasan ok..=)

Lovefools said...

uiks, degree katne? coz i pown kat johor

salam said...

Selamat menyambut tahun baru Hijriah juga.
thanks atas kunjungannya

nurcahyaku10 said...

Sahabat sehubungan saya cari buku tamu tdk tau tempatnya saya balas kunjungan di sini

Lieyanna Esmeralda said...

biasanya kita terlepas pandang akan tahun baru hijrah ni....lupa bagaimana pengorbanan Rasulullah dulu...pengorbanan kaum muhajirin dan ansar.

semoga tahun baru ini lebih bermakna buat kita semua. :)

thanks visit my blog....hit me back ok

Mr Lonely said...

walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =D

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

emy zulaiha said...

salam maalhijrah :)

Mentadak Mentadu said...

moga berhijrah ke arah kebaikan :)

Qistina said...

nice entry....

salam maal hijrah~

Scha :) said...

baru seminggu ? wahhh !
biar betul ? dah smpai 6rtus lebih dah followers nie .
ape tips ehh ? hehe nyway congrats !
follow me back ! >.<

wonderpet said...

salam ukhwah..selamat menyambut maal hijrah..... :)

(Aku Bukan) Bang Thoyib said...

Salam Kenal dari Blogger Indonesia Sobat...
Nice Blog

tiqah hamran said...

salam maal hijrah..:)

nuerule areyin said...

salam maal hijrah :)

my own piano said...

Hi,..kunjungan balik,nice blog,..:)

p!q4h b@guss said...

fasha sandha pun termasuk.. hihi
nice sharing.. <3

Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi said...

Selamat pagi, Avi. terima kasih atas kunjungan anda di laman blog saya. pengisian yang mantap, mampu menjana pemikiran. saya hanya nyatakan keinginan dan apa yg saya mahu di blog saya, hanya untuk berkongsi diari hidup n kegemaran sahaja. apa pun. terima kasih. saya dh join blog ini. :')

miErah halim said...

kadang kala kita terlupa, pernah tak kita berkorban dengan seikhlas hati dan bersungguh2...

NUR AIN AZMAN said...

Salam Maal Hijrah :)

Said Arsyad said...

selamat tahun baru..

GadisKasutConverse said...

Semuga esok lebih baik dari semalam ! =)

tetahsuraya said...

entri yang menarik bagus bangat tahniah....

sue perbs.. said...

salam maal hijrah juga.. belum pnah buat pinjaman tpi memg seboleh-bolehnya nak elak dri pinjman konvensional.. alhamdulillah blajar kos perbankan islam tau la serba sedikit pasal riba ni..

shedameor said...

salam maal hijrah.

The Real Nurna Azrin (^_^)v said...

sama2 memperbaiki diri. insyaAllah

Bulan Syurga Firdaus said...

mmm dunia akhir zaman...
smge kite trus dilindungi oleh Nya :)

Norgadis Labuan said...

Info menarik...

emma'zmaa said...

salam maal hijrah...sama2 memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik...insyaAllah..

Aida Omar said...

salam Maal Hijrah :)
betul-betul kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat tu salah kan..
nice sharing.. InsyaAllah akan memperbaiki diri menjadi lebih baik.

biha yahya said...

salam maal hijrah ! woahhh bnyak informasi lah blog nihh :'D

sarah said...

salam..waaaa satu pencapaian yang baik untuk blog bro..camna nak bagi trafik tinggi..tolong bagi petua skit...
anw..salam maal hijrah..hijrahlah ke arah kebaikan..tingglkan segala yang la'qo..

atiqa aris said...

kebanyakan bank sekarang nih memang de interest melambong2 nih.da mcm along pon ade.

NFR said...

nice posting gan...

Berbagi Ilmu Pengetahuan said...

Blog'e Cah Nganjuk mensupport blog agan agar trs berkarya...keep write gan biar cpt dpt pr dr google :)

nyanyisunyi said...

Salam Maal Hijrah..
mudah2an perkongsian pendapat membuka minda ramai orang..thanks singgah

fahriemje said...

semoga dengan datangnya maal hirah ini berikan kta kekuatan baru

Info said...

nice post<<<salam sukses

chaa ;) said...

Batui-2 ~
kadang-2 kite tk sedar .
and now baru sedar . .
maknenye tk leh amik pinjaman kat bank ke ?
my mom gn dad selalu je . :(
dorg tk perasan ~

Lili Yoanda Noris said...

nice blog ... :)
kunjungn siang sob. thxx yer

IllyHannis said...

Salam MaalHijrah . Suka baca entry kat sini (:

snhz said...

nnti sama2 baca doa akhir dan awal tahun..

lavenderlover said...

salam maal hijrah juga! ALLAH bless..=)

lavenderlover said...

follow u..=)

PURPLEVIOLET said...

menapak balik ke teratak ni..huhu

ria haya said...

Selamat Tahun Baru Islam, Barakallah ^_^

Fatiha Nasrah said...

SALAM MAAL HIJRAH...BERHIJRAH KE ARAH KEBAIKAN DAN MENINGGALKAN KEJAHILAN SEBAGAI PENGAJARAN & PEDOMAN..

r-5 said...

tu la ramai-ramai kita muhasabah diri sempena maal hijrah yang bakal menjelma ini.. :) setinggi-tinggi darjat jihad adalah jihad memerangi hawa nafsu. :)

4 U Know said...

visiting replay and give u my real support of course :) give me u real support please :D

Saldi Joenardo said...

nice post..
hijrah ke arah kebaikan :)

visit back yaa sob..
http://blogfansite.blogspot.com/2011/11/century21brokerpropertijualbelisewaruma.html

zaty said...

salam maal hijrah juaaa :)

permata ku said...

ingatan y menarik...salam maal hijrah....

Suhaime said...

As-Salam....

sekarang sudah ada perbankkan Islam, maka..berhijrahlah dari dari perbankkan konvensional ke perbankkan Islam.

Berkunjung dan follow...

Berita Kapal said...

salam pelaut Batam

yaya said...

:)

k[A]z said...

Assalamualaikum
salam kenal ya ^^

saiful said...

khutbat jumaat tempat aku tentang ni juga. pengajaran dari khutbah tu yang aku ingat..

TIGA benda penting yang nabi buat selepas hijrah ke madinah.
1. bina masjid - masjid adalah tempat berkumpul, tempat menimba ilmu, tempat mengeratkan persahabatan, tempat mengukuhkan agama, jati diri dan masyarakat.
2. persahabatan - satukan masyarakat muhajirin dan ansar. Yg kaya tolong yg miskin, yg susah tolong yg senang. berkorban demi jalan allah
3. piagam madinah- undang2 islam yang lengkap hingga akhir zaman. segala masalah dapat diselesaikan berpandukan ni dan al-quran dan sunah dijadiknan rujukan.

tapi pada masa sekarang kita lebih akur pada arahan doktor. jika doktor mengarahkan pesakit memoting kaki sebab penyakit kencing manis dah mula memudharatkan diri.. senang ja kita bagi kebenaran sbb takut memudharatkan diri..
Tapi allah suruh kita potong tangan orang yang mencuri kita ragu2 pula atas arahan Allah itu. macam2 alasan diberikan. kalau ikut sejarah berapa ramai saja orang yang kena potong tangan sebab mencuri tu. rasanya banyak lagi orang yang buang bayi dalam tong sampah dan semak samun....

semua tu adalah apa yg aku ingat dari khutbah jumaat yang lepas...

sharul izam said...

hai avi..saya follow anda...salam maal hijrah..:)

Pejuang said...

Salam Ma'al Hijrah,
@saiful aku setuju sangat pendapat ko, negara kita serba serbi tidak faham & mengikuti hukum ALLAH.

Hijrah ku, ingin menjadi seorang peniaga yang bukan mencari keuntungan semata-mata dan menitik beratkan pendapatan yang bersih dan diberkati oleh ALLAH. Niat untuk berniaga semata-mata kena ALLAH & kerana mengikut sunnah Rasulallah.

Tech World said...

Slam ziarah kawan... maaf bru brkunjung...

red_tyo said...

singgah sejenak kawan :)

Ripano L Yagami said...

follow 926 sukses, follow balik yaaa,. jangan lupa..n.n

salam kenal

KinosKoko said...

nice sharing... :)

Nizwa Ayuni said...

salam kenal.. thanks for visited my blog. :)
semoga di tahun 1433 H ini kita semua menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. :)

diyana mn said...

salam maalhijrah...

Khaulah~ said...

salam maal hijrah,,,nice entry..
membuka hati dan minda...
m0ga thabat dalam tinta dakwah...~

Cinta Hatiku said...

salam maal hijrah...

semuasatulutut said...

siapakah anda????? -.-"

Nurina Izzati said...

salam maal hijrah ya.. ^^

ahmad said...

salam hijriah... say no to riba

razzlina said...

Salam Maal Hijrah jugak...

Impressive blog...keep it up!

Rani said...

Excelent dah post nya. Sekali-kali mampir ke blog saya ya :)

Nur(Cahaya) BintangAlin said...

tk bleyh nk share kew ? =.="

School Of Tots said...

Jangan putus harap. Teruskan perjuangan. Buat apa yg termampu. Jangan tangguh lagi. Just Do It !!

Al-Saaleika said...

Salam Maal Hijrah, nice review

:)
Jemput ke GA me

http://al-saaleika.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html

tengggs

kaka said...

salam Maal Hijrah buat anda juga :))))))

putri petir said...

met tahun baru... numpang jalan2... thx kunjungannya :)

Anak Wak Mail said...

ish,,tu lah tak tahu macam mana nak tinggalkan..

salam maal hijrah..;)

cikgu siti hazreen said...

good entri :) kita tak boleh tulis yang ringan saja, kadangkala perlukan yang berat, yang mencabar minda sedikit kan??

Anglear!ez!! said...

salam maal hijrah=)

MABK said...

salam maal hijrah..

♥cemOt kEchikz ♥ said...

thx visit my blog...salam maal hijrah jgak~! ^__^

Kang Hermanto said...

Salam berhijrah dariku, kawan. Kita bangsa serumpun. Elok nian jika persahabatan kita eratkan. :-)

SaveTheWorld said...

selamat!!! semua!!

Nelson said...

Hello my friend… Nice blog. Glad to be here ! I wish you a wonderful Sunday! Follow me back, please

D-yana7879 said...

slm maal hijrah..

4 U Know said...

visiting replay and give u my real support :) supporm me back :D chek it out :D

suakcot said...

artikelnya bagus makasih nice info
winkom

SaveTheWorld said...

selamat... semua..

Muhammad.Rhazali said...

nice one..keep it bro

Nur Zulaikha said...

salam ziarah dan maal hijrah..hijrah drpd segala kuasa yg menyesatkan..

Bursa Kerja said...

Salam kenal kawan

teknoku said...

salam kenal

Post a Comment