Tuesday, December 27, 2011

Nafsu Muka Buku

35 comments
Lagu Cinta Muka Buku memang best, bila dengar boleh berbunga-bunga dibuatnya, rasa cam happy, bahagia jer..haha TAPI realitinya tidak seindah lagu. Banyak perkara-perkara yang negatif, berpunca daripada Facebook. Rogol, zina, penipuan duit, keldai dadah dan banyak lagi. Korang pun tau kut, gurl sekarang pun dah lebih berhati-hati dengan Facebook. Dulu senang jer aku nak add, tapi sekarang, bukan main susah lagi.. haha :p

Video lagu kat bawah ni dishare oleh lebih 4 orang kawan aku, lagu cinta muka buku tapi lirik dia diubah. Tahniah la aku ucapkan pada mereka yang berusaha untuk buat video ni dan "membetulkan" lirik lagu cinta muka buku..


Saturday, December 24, 2011

Lirik lagu Bruno Mars yang menyesatkan

64 comments
Entri kali ni, bukan pasal video, tapi berkenaan lirik lagu Bruno Mars yang boleh menyesatkan. Mungkin sesetengah orang nyanyi jer tapi tak paham pun maksudnya dan ada juga yang bagi alasan, nyanyi jer, takde niat pun. hehe Ni lirik yang aku maksudkan tu:


Berhati-hati la dalam mengambil sesuatu tindakan tu (nyanyi,makan,bergaul dan lain-lain). Apa yang aku perhatikan, tindakan kebanyakkan orang bergantung pada persekitarannya walaupun dia tahu yang benda tu haram atau memudaratkan. Rujukan pertama=masyarakat, ilmu dijadikan rujukan yang kebeberapa belas. Contohnya banyak, antaranya rokok dan minuman bergas.

Friday, December 23, 2011

KPoP versi Jawa

31 comments
Ada beberapa respon yang aku terima mengatakan blog ni banyak video. Sebabnya, di Facebook, video lebih mudah untuk menjadi viral dan seperti yang diketahui, entri-entri kat blog ni berpandukan item-item viral yang dikongsikan difacebook.

Video kat bawah ni ialah video lagu satu kumpulan jawa, isinya lebih kepada keagamaan tapi yang paling menarik pengaruh Kpop dalam video ni. Memula tengok, macam kelakar gak..eheh tapi isi lagu yang disampaikan tu lebih bermakna kut berbanding kPop tu sendiri..haha :p Kepada peminat kpop, jangan mare... :p layan...